KAWAL SEBELUM PARAH. Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu saya dengar. Untuk itu, saya nak kongsi petua mencegah resdung. Mula-mula, ada baiknya anda mengetahui dulu apa itu resdung?? Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Apa dia punca resdung ni?? Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu... Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, an...